May 4, 2008

Microsoft Menarik Diri Daripada Membida Yahoo!

Kalo anda masih belum terbaca lagi, Microsoft telah menarik diri daripada membida Yahoo!. Mungkin ini akan membawa berita yang amat gembira kepada para pengguna internet dan juga kepada pihak Google. Huhu

P.S: Apa akan terjadi sekiranya Yahoo! menerima tawaran Microsoft?

May 3, 2008

Kamera Digital Pertama?

Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa kamera digital yang pertama sekali dicipta?

Kamera Digital Pertama

Via: Digg

May 2, 2008

Pemain Video YouTube Yang Baru

Pelbagai inovasi telah dilakukan oleh pihak YouTube untuk memenuhi kehendak para pengguna laman tersebut. Terkini, mereka dalam proses mencuba pemain terbaru untuk video di YouTube. Sekiranya anda ingin mencuba pemain video terbaru ini, anda boleh menklik pada link “Try The New YouTube Player Beta” yang terdapat pada bahagian bawah setiap video.

YouTube Player beta

Satu perkara yang menarik mengenai pemain terbaru ini ialah, anda boleh menggunakan shortcut keyboard seperti menekan spacebar untuk berhentikan (pause) video yang sedang dimainkan.

Anda juga boleh cuba menggunakan FlowPlayer untuk menyusun dan memainkan video di blog atau laman web anda. FlowPlayer dikeluarkan dalam dua versi, iaitu berbayar dan satu lagi dalam versi GPL. Mungkin anda boleh mencubanya, dan berikan komen anda.

May 1, 2008

Dr. Mahathir Mula Menulis Blog

Blog Mahathir

Selepas beberapa orang politik mula menulis blog, kini yang terbaru, Dr. Mahathir telah pun memulakan blog beliau sendiri dengan nick CheDet. Tetapi, suatu perkara yang perlu dibanggakan ialah, beliau tidak menggunakan nama domain untuk redirect kepada blog beliau seperti yang dilakukan oleh Dr. Khir, tetapi beliau menggunakan custom domain bersama blogspot. Tetapi, suatu perkara yang perlu diberi perhatian adalah agar blog atau suatu laman itu sentiasa dikemaskini, dan tidak menjadi sampah di internet. Ini adalah kerana sesetengah laman atau blog diwujudkan ketika pilihan raya dan tidak dikemaskini sehingga kini.

April 28, 2008

Kemaskini XP Anda Kepada SP3

Update: Direct Link SP3 (xp lanun boleh guna)

Perkara yang ditunggu-tunggu oleh para pengguna XP akhirnya tiba. Sudahkah anda mengemaskini XP anda kepada Service Pack 3? Di dalam SP3, pelbagai masalah sekuriti dan bugs telah dikemaskini. Malah untuk memuatturun SP3, anda tidak perlu mendaftar dengan Microsoft atau membuat sebarang perkara, malah anda boleh menaik taraf XP anda secara offline. Untuk menaik taraf XP anda, anda boleh memuat turun pakej SP3 ini dan seterusnya memasangnya (install) pada PC anda. Dan sekiranya anda mengalami sebarang masalah ketika menggunakan SP3 nie, anda boleh melaporkan terus kepada pihak Micorosft melalui forum mereka.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog